PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Wednesday 6 August 2014

MAJLIS MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Pada hari raya ke 11 iaitu 7 Ogos 2014(Khamis) Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru telah mengadakan sambutan hari raya. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Seberang Perak Baru, murid-murid Prasekolah, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan.

Majlis ini bermula pada jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari.Pengajaran dan Pembelajaran tetap dijalankan pada jam 7.45 pagi hingga 10.15 pagi. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Seberang Perak Baru.Acara ini telah dijalankan di kantin sekolah.

Semua warga SK Seberang Perak Baru kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.
Harapan warga sekolah agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :











Majlis ini turut dimeriahkan dengan acara  acara baju sedondon dan baju raya yang tercantik bagi tahun 2014.













Bagi pihak sekolah SK Seberang Perak Baru ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF
ZAHIR DAH BATIN. (^_^)



No comments:

Post a Comment