PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEK. KEB SEBERANG PERAK BARU

Sekolah ini asalnya merupakan sebuah sekolah yang diwujudkan bagi menempatkan murid-murid lelaki bagi penduduk di kawasan Pusat Bandar Alor Setar iaitu di kawasan Tong Kang Yard  di mana ianya merupakan pusat pelabuhan utama bagi pemunggahan barangan ke Bandar Alor Setar pada ketika itu. Pusat pelabuhan ini merupakan antara pelabuhan yang terkenal dan sibuk dengan urusan pemerdagangan. 


Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang berkedudukan agak strategik iaitu berdekatan dengan Masjid Zahir, Balai Besar, dan Balai Nobat.  Sekolah ini pada mulanya di namakan dengan Sekolah Melayu Lelaki  Seberang Perak. Ianya berhampiran dengan Sekolah Melayu Perempuan Seberang Perak.

Rajah 2.3  Gambar Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim zainuddin, Tan Sri Awang Had Salleh antara  bekas murid SKSPL yang telah berjaya.


Sekolah asal ini terletak di Jalan Kota Tanah berdekatan dengan kilang ais yang mana berhampiran dengan rumah asal Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Sekolah ini telah ditubuhkan sejak tahun 1887. Guru Besar pertama ialah Tn Hj. Ahmad B. Hj. Kassim. Pada masa tersebut sekolah ini hanya menyediakan pembelajaran bagi murid tahun 1 hingga tahun 3 sahaja. Murid-murid yang akan melanjutkan pelajaran bagi tahun 4, 5 dan 6 akan belajar di Sekolah Sungai Korok. Pengambilan murid pada ketika itu hanya dikhaskan untuk murid-murid lelaki. Sehinggalah ianya berpindah pada tahun 1990 di bangunan baru yang berhampiran dengan bangunan asal yang terletak di Jalan Bunga Raya , Tong Kang Yard.

            Pada tahun 3 Disember 1990 seramai 35 orang murid perempuan telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru iaitu di bangunan baru. Bangunan baru ini telah siap dibina pada awal 1990-an. Antara tokoh yang pernah bersekolah di sini ialah Tun Dr Mahathir B. Mohamad iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Awang Had B. Salleh dan Dato’ Hj Khalid  B. Hj Abdullah








No comments:

Post a Comment