PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Saturday 23 August 2014

PROGRAM QIAMULAIL 2014

Pada hari Khamis yang lalu,(21/08/2014) sekolah telah menganjurkan aktiviti qiamulail bagi murid-murid Tahun 4,5, dan 6.Pendaftaran bermula pada pukul 3.00 petang.Guru-guru serta ibu bapa turut menjayakan aktiviti ini dengan bermula solat hajat yang telah di imamkan oleh seorang ustaz.Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi memberi kesedaran tentang pentingnya solat.Beberapa fasi telah dipanggil bagi membantu program qiamulail dijalankan dengan lancar dan baik.Majlis telah tamat pada keesekoan harinya iaitu Jumaat bersamaan 22/08/2014 dengan jayanya atas semua bantuan samaada yang langsung ataupun yang tidak langsung.


Wednesday 20 August 2014

PERKHEMAHAN SEKOLAH SEBERANG PERAK BARU

Pada pertengahan tahun 2013 cuti sekolah  ini, adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Warga sekolah SK Seberang Perak baru yang terdiri daripada barisan guru-guru, staf sekolah dan pealajar pelajar akan berkumpul beramai-ramai bagi menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform Bersepadu Peringkat Sekolah.



Acara tahunan ini yang dijalankan di tapak perkhemahan sekolah sudah mencecah penganjuran buat kali ke-2. Perkhemahan bermula pada hari Jumaat (09hb May) sehinggalah penutupan pada hari Sabtu(10hb May). Semuanya digerakkan secara aktif oleh orang kuat dalam aktiviti perkhemahan ini, iaitu Cikgu Rosli yang juga merupakan Penolong Kanan Kokurikulum.
























Monday 18 August 2014

LAWATAN KE ISTANA BESAR ANAK BUKIT

Setiap tahun pihak sekolah akan menganjurkan beberapa lawatan ke tempat yang menarik dan pada tahun ini sekolah telah memilih Istana Besar Anak Bukit sebagai destinasi mereka.Setiap guru,staf dan murid--murid telah diwajibkan untuk melawat Istana tersebut.Semua guru,staff dan murid telah diberi layanan yang baik dari pihak istana.







 

Tuesday 12 August 2014

PERTANDINGAN BOLA JARING 2013

Pertandingan bola jaring telah diadakan di SK Seberang Perak Baru bagi peringkat sekolah yang telah disertai oleh murid murid serta guru-guru.

Pertandingan ini telah diadakan 20 Februari 2013 iaitu pada hari Khamis.Acara ini telah berjalan dengan meriah sekali dengan sokongan para murid serta guru-guru dan juga para ibu bapa yang turut datang ke SK Seberang Perak Baru.

Pertandingan ini bermula pada jam 3.00 petang dan telah tamat pada pukul 5.30 petang.Alhamdulillah acara ini selamat berjalan dengan keadaan cuaca yang sangat baik.

















Sunday 10 August 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Setiap tahun SK Seberang Perak Baru meraikan hari guru yang jatuh pada tarikh 16 Mei.Setiap guru di SK Seberang Perak Baru diberikan penghormatan pada hari tersebut oleh murid-murid.

Guru-guru diraikan dengan penuh meriah bagi menaikkan lagi semangat mengajar terhadap semua pelajar SK Seberang Perak Baru.Pelbagai acara permainan telah disediakan kepada guru-guru.

Gambar pada Majlis Menyambut Hari Guru:-