PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Saturday 8 November 2014

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 DAN JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF SKSPB 2014

Pada hari Khamis yang lalu pihak sekolah telah mengadakan majlis Graduasi Tahun 6 dan Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf SKSPB 2014.Majlis ini telah diadakan di Hotel Tabung Haji Alor Setar dan majlis di meriahkan dengan semua pelajar tahun 6 dan penyumbang untuk Tahun 6 iaitu En Syed.Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang.

Majlis telah disempurnakan oleh En Shuib Bin Shafie iaitu Tuan Guru Besar SK Seberang Perak Baru.Pelbagai aktviti telah dirancangkan pada hari itu contohnya cabutan bertuah,penyerahan sijil bagi mata pelajaran yang meningkat dan majlis graduasi tahun 6.








Pelajar tahun 6 bersama guru kelas 



Gambar candid bersama guru-guru

Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dan majlis tamat pada pukul 4.30 petang
Terima kasih kepada Semua Staf SKSPB

Sunday 12 October 2014

HARI RAYA AIDILADHA SKSPB

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya aidiladha yang ke-3,sekolah telah mengadakan majlis kurban dan ia sangat meriah dengan kerjasama semua kakitangan serta murid-murid yang hadir
































SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA TAHUN KE 1436 HIJRAH

Wednesday 10 September 2014

Majlis Perpisahan Guru Pelatih dan Guru Ganti SKSPB

Pada hari Khamis,11 Sept 2014 satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan 2 guru Pelatih iaitu Cikgu Rafiq dan Cikgu Khairil serta seorang guru ganti iaitu Cikgu Ku Hazlina yang banyak memberikan pelbagai kerjasama bagi mengharumkan nama sekolah.

Semua guru dan staf turut menjayakan majlis perpisahan ini.Kami dari pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru pelatih dan guru ganti yang telah memberikan kerjasama yang sangat memuaskan.Harap kite dapat berjumpa lagi.







SELAMAT MAJU JAYA

Monday 1 September 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 57

Pada hari Isnin 1 September 2014,sekolah telah membuat sambutan hari kemerdekaan yang ke-57 yang bermula pada pukul 11.45 am.Semua pelajar dan guru telah menjayakan sambutan ini dengan menyanyikan beberapa lagu kemerdekaan.Contoh lagu kemerdekaan yang telah dinyanyikan:
  1.  Tanggal 31
  2.  Jalur Gemilang
  3.  Keranamu Malaysia
  4.  Negaraku
 

Saturday 23 August 2014

PROGRAM QIAMULAIL 2014

Pada hari Khamis yang lalu,(21/08/2014) sekolah telah menganjurkan aktiviti qiamulail bagi murid-murid Tahun 4,5, dan 6.Pendaftaran bermula pada pukul 3.00 petang.Guru-guru serta ibu bapa turut menjayakan aktiviti ini dengan bermula solat hajat yang telah di imamkan oleh seorang ustaz.Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi memberi kesedaran tentang pentingnya solat.Beberapa fasi telah dipanggil bagi membantu program qiamulail dijalankan dengan lancar dan baik.Majlis telah tamat pada keesekoan harinya iaitu Jumaat bersamaan 22/08/2014 dengan jayanya atas semua bantuan samaada yang langsung ataupun yang tidak langsung.


Wednesday 20 August 2014

PERKHEMAHAN SEKOLAH SEBERANG PERAK BARU

Pada pertengahan tahun 2013 cuti sekolah  ini, adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Warga sekolah SK Seberang Perak baru yang terdiri daripada barisan guru-guru, staf sekolah dan pealajar pelajar akan berkumpul beramai-ramai bagi menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform Bersepadu Peringkat Sekolah.



Acara tahunan ini yang dijalankan di tapak perkhemahan sekolah sudah mencecah penganjuran buat kali ke-2. Perkhemahan bermula pada hari Jumaat (09hb May) sehinggalah penutupan pada hari Sabtu(10hb May). Semuanya digerakkan secara aktif oleh orang kuat dalam aktiviti perkhemahan ini, iaitu Cikgu Rosli yang juga merupakan Penolong Kanan Kokurikulum.