Pada hari Khamis yang lalu,(21/08/2014) sekolah telah menganjurkan aktiviti qiamulail bagi murid-murid Tahun 4,5, dan 6.Pendaftaran bermula pada pukul 3.00 petang.Guru-guru serta ibu bapa turut menjayakan aktiviti ini dengan bermula solat hajat yang telah di imamkan oleh seorang ustaz.Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi memberi kesedaran tentang pentingnya solat.Beberapa fasi telah dipanggil bagi membantu program qiamulail dijalankan dengan lancar dan baik.Majlis telah tamat pada keesekoan harinya iaitu Jumaat bersamaan 22/08/2014 dengan jayanya atas semua bantuan samaada yang langsung ataupun yang tidak langsung.
Saturday, 23 August 2014
Wednesday, 20 August 2014
PERKHEMAHAN SEKOLAH SEBERANG PERAK BARU
Pada pertengahan tahun 2013 cuti sekolah ini,
adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Warga sekolah SK Seberang Perak baru yang terdiri daripada barisan guru-guru, staf sekolah dan pealajar pelajar akan berkumpul beramai-ramai bagi menjayakan Perkhemahan Unit
Beruniform Bersepadu Peringkat Sekolah.
Acara tahunan ini yang dijalankan di tapak perkhemahan
sekolah sudah mencecah penganjuran buat kali ke-2. Perkhemahan bermula pada
hari Jumaat (09hb May) sehinggalah penutupan pada hari Sabtu(10hb May).
Semuanya digerakkan secara aktif oleh orang kuat dalam aktiviti perkhemahan
ini, iaitu Cikgu Rosli yang juga merupakan Penolong Kanan Kokurikulum.
Monday, 18 August 2014
LAWATAN KE ISTANA BESAR ANAK BUKIT
Setiap tahun pihak sekolah akan menganjurkan beberapa lawatan ke tempat yang menarik dan pada tahun ini sekolah telah memilih Istana Besar Anak Bukit sebagai destinasi mereka.Setiap guru,staf dan murid--murid telah diwajibkan untuk melawat Istana tersebut.Semua guru,staff dan murid telah diberi layanan yang baik dari pihak istana.
Tuesday, 12 August 2014
PERTANDINGAN BOLA JARING 2013
Pertandingan bola jaring telah diadakan di SK Seberang Perak Baru bagi peringkat sekolah yang telah disertai oleh murid murid serta guru-guru.
Pertandingan ini telah diadakan 20 Februari 2013 iaitu pada hari Khamis.Acara ini telah berjalan dengan meriah sekali dengan sokongan para murid serta guru-guru dan juga para ibu bapa yang turut datang ke SK Seberang Perak Baru.
Pertandingan ini bermula pada jam 3.00 petang dan telah tamat pada pukul 5.30 petang.Alhamdulillah acara ini selamat berjalan dengan keadaan cuaca yang sangat baik.

Sunday, 10 August 2014
SAMBUTAN HARI GURU 2013
Setiap tahun SK Seberang Perak Baru meraikan hari guru yang jatuh pada tarikh 16 Mei.Setiap guru di SK Seberang Perak Baru diberikan penghormatan pada hari tersebut oleh murid-murid.
Guru-guru diraikan dengan penuh meriah bagi menaikkan lagi semangat mengajar terhadap semua pelajar SK Seberang Perak Baru.Pelbagai acara permainan telah disediakan kepada guru-guru.
Gambar pada Majlis Menyambut Hari Guru:-

Subscribe to:
Posts (Atom)